Saturday, 18 August 2018

Janji Politik



Ramai yang menunjuk kan rasa tidak puas hati terhadap manifesto PH yang tidak tertunai dalam tempoh 100 hari. Kebanyakan yang menjadi kan isu manifesto ini adalah mereka yang tidak mengundi PH atau lebih tepat pengundi BN. Pengundi BN sekarang ini yang banyak tidak puas hati dan merasa kecewa PH tidak dapat menunaikan antara janji dalam tempoh 100 hari.

Bagi pengundi PH, mereka mengundi PH adalah di sebab kan marah dan kecewa dengan umno kerana merasakan umno telah khianat dengan kes-kes rasuah yang berleluasa. Kes NFC di biarkan begitu sahaja dan yang di penjarakan adalah Rafizi, kes isa samad dan penjualan tanah felda di biar begitu sahaja dan tiada tanggungjawap atau akaunterbiliti bagi mereka yang melaku kan kesalahan, begitu juga isu belian banggunan oleh Mara. Ini belum pagi isu 1mdb yang Najib dan umno cuba memperbodohkan rakyat. Pengundi merasakan umno menjadi pemimpin hanya untuk merompak hasil mahsul negara. Semua agensi kerajaan di kerah untuk melindungi Najib. Polis dan Sprm di jadikan badan tukang cover najib dan rakan rakan perompak nya di dalam umno. Semua wang rakyat seperti EPF, Kwap, LTAT, Khazanah, Tabung Haji di jadi tabung personal najib untuk membayar hutang 1mdb yang boleh di katakan skm cepat kaya atau ponzi skim.

Kebencian rakyat di tambah lagi dengan kata-kata sombong, ego dan mencabar rakyat. Jika ada rakyat bersuara maka di serang bertalu talu seperti mana yang terjadi pada shila majid. Rakyat yang menyuarakan ketidak puasan terhadap pengurusan atau keputusan umno di suruh pindah keluar dari Malaysia. Rakyat di jadi kan musuh dan bukan sebagai majikan yang telah melantik mereka.

Secara ringkas nya rakyat tidak ada pilihan lain kerana umno menjadi kan rakyat musuh mereka dan harta negara seperti harta mak bapak mereka. Harta rakyat seperti duit peribadi mereka yang boleh di guna kan bila bila masa untuk menutup perompakan mereka. Setiap projek yang di buat pula kebanyakan nya akan gagal kerana projek di buat untuk mendapat rasuah dan bukan nya di buat untuk kepentingan rakyat.

Rakyat tidak ada jalan lain selain menendang umno keluar dari puncak kuasa agar mereka boleh bermuhasabah diri dan insaf atas kesalahan mereka. Mereka harus bekerja keras bagi mengembalikan kepercayaan pada mereka. Masalah utama umno sekarang adalah rakyat tidak percaya pada mereka kerana mereka telah khianat atas amanah yang di berikan rakyat. - Ini lah sebab utama rakyat menolak umno dan bukan nya sebab manifesto PH. Sebenar nya pengundi tidak tahu atau tidak membaca pun manifesto PH.

No comments:

Post a Comment