Saturday, 18 August 2018

Janji Politik



Ramai yang menunjuk kan rasa tidak puas hati terhadap manifesto PH yang tidak tertunai dalam tempoh 100 hari. Kebanyakan yang menjadi kan isu manifesto ini adalah mereka yang tidak mengundi PH atau lebih tepat pengundi BN. Pengundi BN sekarang ini yang banyak tidak puas hati dan merasa kecewa PH tidak dapat menunaikan antara janji dalam tempoh 100 hari.

Bagi pengundi PH, mereka mengundi PH adalah di sebab kan marah dan kecewa dengan umno kerana merasakan umno telah khianat dengan kes-kes rasuah yang berleluasa. Kes NFC di biarkan begitu sahaja dan yang di penjarakan adalah Rafizi, kes isa samad dan penjualan tanah felda di biar begitu sahaja dan tiada tanggungjawap atau akaunterbiliti bagi mereka yang melaku kan kesalahan, begitu juga isu belian banggunan oleh Mara. Ini belum pagi isu 1mdb yang Najib dan umno cuba memperbodohkan rakyat. Pengundi merasakan umno menjadi pemimpin hanya untuk merompak hasil mahsul negara. Semua agensi kerajaan di kerah untuk melindungi Najib. Polis dan Sprm di jadikan badan tukang cover najib dan rakan rakan perompak nya di dalam umno. Semua wang rakyat seperti EPF, Kwap, LTAT, Khazanah, Tabung Haji di jadi tabung personal najib untuk membayar hutang 1mdb yang boleh di katakan skm cepat kaya atau ponzi skim.

Kebencian rakyat di tambah lagi dengan kata-kata sombong, ego dan mencabar rakyat. Jika ada rakyat bersuara maka di serang bertalu talu seperti mana yang terjadi pada shila majid. Rakyat yang menyuarakan ketidak puasan terhadap pengurusan atau keputusan umno di suruh pindah keluar dari Malaysia. Rakyat di jadi kan musuh dan bukan sebagai majikan yang telah melantik mereka.

Secara ringkas nya rakyat tidak ada pilihan lain kerana umno menjadi kan rakyat musuh mereka dan harta negara seperti harta mak bapak mereka. Harta rakyat seperti duit peribadi mereka yang boleh di guna kan bila bila masa untuk menutup perompakan mereka. Setiap projek yang di buat pula kebanyakan nya akan gagal kerana projek di buat untuk mendapat rasuah dan bukan nya di buat untuk kepentingan rakyat.

Rakyat tidak ada jalan lain selain menendang umno keluar dari puncak kuasa agar mereka boleh bermuhasabah diri dan insaf atas kesalahan mereka. Mereka harus bekerja keras bagi mengembalikan kepercayaan pada mereka. Masalah utama umno sekarang adalah rakyat tidak percaya pada mereka kerana mereka telah khianat atas amanah yang di berikan rakyat. - Ini lah sebab utama rakyat menolak umno dan bukan nya sebab manifesto PH. Sebenar nya pengundi tidak tahu atau tidak membaca pun manifesto PH.

Thursday, 16 August 2018


Sesi Parlimen pada 16 Ogos 2018, Menteri Kewangan telah mencadangkan agar kes 1MDB ini di siasat semula oleh PAC dan Audit Negara kerana siasatan oleh PAC dan Audit Negara yang telah di buat semasa Najib menjadi Perdana Menteri lebih kepada penutupan kes atau untuk membersih kan Najib dari skandal 1MDB. Skop yang di berikan kepada PAC untuk menyiasat skandal 1MDB ini telah di sempitkan agar ianya tertumpu pada perkara umum sahaja. Peranan Pengerusi PAC ketika itu juga adalah untuk memastikan ahli PAC tidak mendapat gambaran yang terperinci. Bagaimana PAC boleh membuat pergulungan jika saksi-saksi utama skandal 1MDB serta dokumen-dokumen yang berkaitan dengan skandal tersebut tidak di panggil dan dokumen bagi menunjukan penghantaran wang tidak di berikan oleh pihak 1MDB.

Bekas pengerusi PAC juga menyatakan bahawa surat yang menyatakan bahawa GoldStar Limited adalah kepunyaan individu dan kemudian nya oleh Jho Low oleh Bank Negara di katakan oleh bekas pengerusi PAC adalah berstatus risikan padahal bank negara telah mengesah kan ianya adalah milik Jho Low dan bukan nya milik Petro Saudi. Hujah ini adalah dangkal kerana sebagai pengerusi PAC, beliau boleh sahaja bertanya kan atau bertanya kan kepada Gabenor Bank Negara ketika itu bagi mendapat kepastian bahawa adakah benar Jho Low memiliki GoldStar dan bagaimana Bank Negara mengetahui bahawa ianya adalah milik Jho Low. Adakah Bank Negara telah menyiasat syarikat ini dengan badan yang meluluskan penubuhan syarikat di negara di mana GoldStar itu di tubuhkan. Di Parlimen ketika isu untuk 1MDB ini di siasat semula, bekas pengerusi 1MDB telah meminta untuk beliau di bawa kepada select commitee bagi menentukan bahawa Tony Pua betul atau bekas pengerusi PAC yang betul. Bagi menentukan siapa yang berkata benar sebenar nya ianya boleh di tentukan dengan pengesahan oleh bekas Gabenor Bank Negara atau Gabenor bank negara sekarang ini bagi memasti kan bahawa apakah surat yang di berikan kepada bekas pengerusi PAC itu adalah sahih dan bagaimana bank negara mengesahkan GoldStar limited tersebut adalah milik Jho Low.

Bekas Pengerusi PAC juga menyatakan bahawa protokol antara negara menyebabkan sukar nya bagi PAC menyiasat skandal 1MDB ini juga sukar di terima akal. Sebenar nya PAC boleh meminta kerajaan atau menulis surat meminta bantuan daripada negara-negara yang terbabit seperti Singapore, Amerika dan Swissland memberikan salinan siasatan skandal 1MDB kepada PAC tetapi ini tidak di buat kerana kita faham bahawa tugas pengerusi PAC ketika itu adalah bagi menghalang ahli dari bertanya atau mendapat bukti secukup nya dari pihak-pihak luar. Kenapa kerajaan PH dapat menghubungi pihak Amerika Syarikat, Indonesia, Singapore dan Swissland bagi mendapatkan kerjasama bagi tujuan siasatan 1MDB ini.

Siasatan semula skandal 1MDB ini jika boleh hendak lah di lakukan secara terbuka dengan saksi-saksi di panggil dan dokumen-dokumen di berikan kepada pihak PAC ketika proses siasatan terbuka itu di jalan kan. Ahli-ahli PAC boleh memanggil bekas pegawai tetinggi 1MDB serta saksi-saksi lain seperti Najib Razak, Lembaga Pengarah 1MDB, bekas Ceo 1MDB serta pegawai tertinggi mereka, bekas pengerusi PAC sendiri iaitu YB Rompin, CFO 1MDB, Arul Kanda serta dokumen dokumen penghantaran wang kepada syarikat syarikat palsu 1MDB. Rakyat ingin mengetahui secara langsung siasatan ini agar rakyat tahu bagaimana wang tersebut telah di selewengkan dan bagaimana cara ianya di selewengkan dan bagaimana wang tersebut telah di guna kan untuk membeli aset aset peribadi untuk kepentingan Jho Low, Najib, Rosmah dan juga individu individu lain seperti Reza Aziz, CEO Ipic dan PetroSaudi.

My Two Cents Opinion